top of page
VIEW 2.jpg

PENGENALAN

KONSEP SULAM

Sumber : Ramlah Daud, 2022.

Malaysia adalah antara 193 negara anggota Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerimapakai 17 matlamat pembangunan mapan (SDGs) tersebut, terutamanya dalam rangka memperkasakan rakyat dan memajukan negara. Justeru, pelbagai inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai matlamat-matlamat berkenaan. Salah satu institusi yang berperanan penting menjalankan program-program berdasarkan SDG adalah institusi pengajian tinggi seperti universiti awam. Dalam hal ini sistem pembelajaran dan pengajaran (PdP) telah dirangka dengan sistematik dan disesuaikan dengan keperluan SDG. Sebagai contoh, pada tahun 2019, Kementerian Pengajian Tinggi telah memperkenalkan SULAM – Service Learning Malaysia-University for Society, iaitu satu konsep pembelajaran berasaskan perkhidmatan, khususnya bagi menyelesaikan masalah berdasarkan keperluan komuniti dan masyarakat. Dalam konteks ini, ilmu-ilmu yang dipelajari secara teori akan dipraktikkan menerusi projek-projek bersama komuniti, dan pengalaman bersama komuniti ini berupaya menambahbaik pengetahuan pelajar dan juga komuniti terlibat. Konsep pembelajaran berasaskan pendekatan SULAM juga melibatsertakan bukan hanya komuniti, malah agensi-agensi luar termasuklah agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), Institusi Pengajian Tinggi dan pihak industri. Konsep ini juga disebut sebagai Quadruple Helix – GHCI (Government, Higher Learning Institutions, Community, Industry).

ECODICE

Logo Kumpulan EcoDice

Pada awalnya, kumpulan Ecodice terdiri daripada 7 orang ahli dan terdapat penambahan ahli seramai 4 orang menjadikan jumlah keseluruhan ahli seramai 11 orang dalam menjayakan projek SULAM di Kota Belud. Ecodice merupakan singkatan nama bagi Ekopelancongan iaitu eko. Manakala, Dice pula diambil kerana sifat dadu yang mempunyai 6 permukaan secara langsung ia mengambarkan  6 ekopelancongan di sekitar Kota belud ini. Enam ekopelancongan ini termasuklah Ekopelancongan Kalangadanku, Tagal Talungan, Tegudon Tourism Village, Kowatuan Eco-Edu Tourism, Ekopelancongan 3V dan Ekopelancongan Liogu ku Silau. Keenam-enam pusat Ekopelancongan ini adalah berasaskan komuniti dan ia sesuai untuk menyertai projek SULAM kumpulan Ecodice yang mana projek ini dijalankan bagi memperkasa lagi ilmu pengurusan organisasi dan pemasaran digital dalam kalangan pengurus Ekopelancongan yang terlibat. Dengan perlaksanaan projek SULAM ini, kumpulan Ecodice akan membantu komuniti dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan pembuatan laman sesawang (Website), Cara pemasaran produk pelancongan melalui media sosial dan penciptaan poster menggunakan Canva.

MODEL SULAM ECODICE

Gambar Rajah ini menunjukkan Model Sulam yang digunakan oleh kumpulan ECODICE dalam melakukan projek SULAM bersama komuniti. Model tersebut menggambarkan usaha para pelajar mempraktikkan ilmu (Kursus Sosiologi Organisasi Kompleks) secara teoritikal yang dipelajari dalam kuliah ke alam sebenar. Para pelajar akan menawarkan beberapa perkhidmatan kepada komuniti yang terlibat iaitu Pengurusan Organisasi yang akan disampaikan oleh pihak Sabah Tourism Board (STB), Latihan Digital (Canva) daripada kumpulan Ecodice sendiri, dan Pengurusan Kandungan Media Sosial (Promosi Produk) yang akan dikongsi daripada Raya Holidays SDN. BHD. Hal ini disebabkan, kajian yang dilakukan oleh kumpulan Ecodice telah mendapati bahawa sistem pengurusan organisasi dan pengurusan media sosial adalah tunjang utama masalah kepada komuniti eko pelancongan di Kota Belud, SABAH. Di samping, para pelajar dapat menambahkan ilmu berkenaan kursus Sosiologi Organisasi Kompleks (SOK) kerana program yang dijalankan ini hanya melibatkan komuniti pengurusan dan pengusaha di setiap eko pelancongan serta pengurusan organisasi kumpulan Ecodice sebagai pihak penganjur.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)

HPK2: Menjelaskan isu utama yang berlaku dalam organisasi menerusi fasa perancangan projek SULAM (PLO3, A4).

HPK3: Mempamer struktur, kerjasama dan tanggungjawab dalam organisasi secara praktikal menerusi fasa pelaksanaan projek SULAM (PLO2, P4).

Latar Belakang

Pemandangan sewaktu petang di Eko Pelancongan Kalangadanku,
Kg. Nahaba, Kota Belud. SABAH.

Sumber : Kumpulan Ecodice, 2022.

Daerah Kota Belud tidak asing lagi di mata penduduk Malaysia khasnya di negeri Sabah. Daerah ini juga terkenal sebagai “daerah Koboi Timur” . Hal ini dikatakan demikian kerana, Kota belud berpotensi menjadi pusat pelancongan dan dibangunkan sebagai destinasi eko pelancongan luar bandar yang bertaraf dunia kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Pelbagai lokasi ekopelancongan di daerah Kota Belud telah menjadi tumpuan ramai pelancong dari dalam dan luar negara. Antara lokasi eko pelancongan yang sering menjadi tumpuan pada masa kini ialah Polumpung Melangkap Camp Site, Pantai Mantanani, Sondot View Camp, Nohutu Eco-Tourism, Eco Camp Bayayat kedamaian, Eko pelancongan Kalangadanku dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik.

Pemilihan lokasi projek Sulam ini ialah di ekopelancongan berasaskan komuniti yang terdapat di sekitar Kota Belud iaitu Ekopelancongan Kalangadanku, Tagal Talungan, Tegudon Tourism Village, Kowatuan Eco-Edu-Tourism, Ekopelancongan 3V, dan Ekopelancongan Liogu ku Silou. Kesemua kawasan ekopelancongan ini adalah berhampiran dan terletak lebih kurang 15 kilometer dari pekan Kota Belud yang juga berhampiran dengan Kem Paradise. Bukan itu sahaja, kesemua ekopelancongan ini menawarkan pelbagai aktiviti alam semulajadi yang menyeronokkan antaranya ialah bersantai di tepi sungai, mandi manda, banyak lagi. Tambahan pula, mereka turut menyediakan tempat penginapan yang dikenali sebagai sulap ataupun pondok-pondok kecil yang berasaskan buluh. Selain itu, ada juga ekopelancongan yang membina jambatan gantung serta boleh mengambil gambar-gambar yang cantik dengan berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi dan jika bepeluang, pelancong dapat melihat Gunung Kinabalu dari jauh. Dalam projek SULAM yang akan dijalankan ini, komuniti yang terlibat dengan ekopelancongan di Kalangandanku dapat meningkatkan ilmu pemasaran digital yang mampu menjana pendapatan lebih dan meningkatakan kehadiran pelancongan dari dalam dan luar negara.

OBJEKTIF PROJEK

1. Meningkatkan pengurusan organisasi eko pelancongan dalam kalangan komuniti ekpelancongan di Kota Belud.

2. Memperkasakan strategi pemasaran digital eko pelancongan dalam komuniti eko pelancongan di Kota Belud.

bottom of page