top of page
VIEW 2.jpg

REFLEKSI

KEMAHIRAN INSANIAH YANG DAPAT DIPUPUK MENERUSI PROJEK YANG DIJALANKAN.

Kemahiran Insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah adalah antara sangat penting untuk menghadapai dunia pekerjaan yang bersifat global serta pesat dengan perubahan teknologi. Justeru, antara kemahiran insaniah yang dipelajari menerusi projek yang dijalankan ialah:

1. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Proses interaksi yang berlaku sepanjang projek SULAM dilaksanakan telah memberikan banyak manfaat kepada pelajar mahupun komuniti yang terlibat. Pengalaman pelajar ketika berada di lapangan bersama-sama komuniti telah mewujudkan satu kemahiran menerusi komunikasi diantara dua pihak. Para pelajar bukan sahaja dapat melatih diri untuk berani bercakap di depan orang ramai tetapi ianya merupakan satu elemen yang penting untuk digunakan pada masa akan datang lebih-lebih lagi ketika di alam pekerjaan. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi ini adalah kemahiran insaniah yang jelas dapat dipupuk menerusi projek SULAM yang dijalankan.

2. KERJASAMA BERKUMPULAN

Proses aktiviti dan bekerja dalam sesebuah kumpulan telah mewujudkan satu hubungan yang baik dalam kalangan pelajar serta komuniti yang terlibat di dalam projek SULAM ini. Kerjasama dalam kumpulan sangat penting kerana ianya akan dapat menghasilkan sebuah program yang efektif kepada komuniti sekaligus dapat mencapai objektif program yang telah ditetapkan oleh kumpulan. Selain itu, kerja berkumpulan juga akan dapat memupuk kemahiran dalam diri setiap pelajar baik ketua kumpulan ataupun ahli dalam kumpulan untuk memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing ketika projek SULAM dijalankan. Justeru itu, kerjasama berkumpulan merupakan salah satu kemahiran insaniah yang berjaya dipupuk menerusi projek SULAM ini.

3. KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Proses menyelesaikan masalah ketika sebelum, semasa dan selepas projek SULAM dilaksanakan mampu meningkatkan kebolehupayaan pelajar untuk mengenal pasti dan menganalisis setiap masalah yang wujud dalam situasi kompleks. Elemen ini melibatkan penggunaan kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai cara dan keadaan, termasuklah keadaan yang memerlukan pemikiran dan pendekatan yang kreatif serta inovatif dalam mencapai sesuatu keputusan dalam kumpulan. Dalam hal ini, pelajar boleh mengembangkan lagi idea dalam mencari jalan penyelesaian secara alternatif dalam masa singkat. Justeru itu, kemahiran sebgini perlu diterapkan dalam dalam diri setiap pelajar ketika melaksanakan program seperti projek SULAM.

4. MORAL DAN ETIKA PROFESIONAL

Proses etika dan moral sepanjang projek SULAM dilaksanakan telah dijadikan sebagai garis panduan kepada pelajar untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberikan penekanan terhadap semua aspek terutamanya yang melibatkan komuniti. Selain itu, prinsip moral dalam kumpulan yang dibuat adalah untuk mengawal prestasi pelajar dalam menjalankan tugas mengikut nilai dan amalan profesional serta bertindak mengikut etika yang telah ditentukan. Justeru itu, kemahiran ini sangat penting bagi setiap pelajar dan penerapannya akan dapat meningkatkan fungsi sosial setiap individu dalam melaksanakan projek SULAM.

5. PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

Proses pencarian ilmu pengetahuan tidak kira untuk diri sendiri atau golongan yang lebih profesional adalah bersifat sukarela dan atas motivasi kendiri yang berlaku sepanjang masa. Melalui projek SULAM ini, para pelajar dapat memotivasikan dan mendorong diri mereka untuk menguasai ilmu, menghayati nilai murni dan memperluaskan pengalaman mereka bersama komuniti yang terlibat. Dalam masa yang sama, pelajar akan berupaya untuk merancang strategi untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kebolehan mereka serta menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin dan lebih kreatif. Penguasaan pembelajaran dan pengurusan maklumat ini adalah sejajar dengan kehendak sosial dan ekonomi semasa yang telah meningkatkan keupayaan pelajar kearah lebih aktif bersama komuniti.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM
MELAKSANAKAN PROJEK SULAM

Pengurusan organisasi merujuk kepada proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi dan mengatasi permasalahan atau kekurangan yang dihadapi secara profesional. Cabaran dalam pengurusan organisasi ini dapat dikenal pasti sebelum fasa perlaksanaan projek SULAM. Cabaran tersebut seperti berikut:

1. CABARAN DALAM MENAMPUNG KOS PERBELANJAAN UNTUK PROJEK SULAM

Para pelajar mengalami cabaran dalam menampung kos perbelanjaan untuk menjayakan projek SULAM ini dengan lancar. Perkara ini membabitkan perbelanjaan dapur di mana tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar tukang masak di Eko-pelancongan Kalangkadanku. Bukan itu sahaja, duit untuk membeli bekalan makanan juga tidak mencukupi. Namun begitu, perkara ini telah dapat diatasi melalui sumbangan daripada pelajar membuatkan kewangan untuk membeli bekalan makanan mencukupi. untuk menampung pelajar yang terlibat dapat diatasi. Hal ini dapat menampung jumlah makanan pelajar yang terlibat dalam projek SULAM ini.

2. CABARAN DALAM MENDAPATKAN RAKAN KERJASAMA ( PENAJA )

Pelajar juga menghadapi cabaran dalam mendapatkan Rakan Kerjasama. Perkara ini timbul apabila surat tajaan kami daripada pihak fakulti lambat menandatangani surat kami sehinggakan menjejaskan target dana untuk menjayakan program ini. Bukan itu sahaja, apabila surat telah dikeluarkan oleh pihak fakulti membuatkan organisasi yang ingin menaja program ini telah menarik diri disebabkan kelewatan menghantar surat permohonan. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada pelajar untuk mencari alternatif lain dengan melakukan edaran poster ke media sosial bagi mendapatkan sumbangan daripada orang ramai. Boleh dikatakan bahawa permasalahan ini akan menjadi refleksi utama untuk kami perbaiki lagi segala kekurangan dan kelemahan sepanjang melaksanakan program ini pada masa akan datang.

3. CABARAN KEKURANGAN AHLI DALAM MENGURUSKAN PROJEK SULAM

Cabaran ini timbul apabila kami tidak mempunyai ahli yang cukup dalam melaksanakan pelbagai kerja semasa melakukan projek SULAM. Ini disebabkan program kami dipenuhi dengan pelbagai pengisian sehingga kan memerlukan tenaga kerja daripada luar. Perkara ini membabitkan dari segi penyediaan makanan di mana kami kekurangan ahli dalam menyediakan makanan. Namun begitu, permasalahan ini kami telah dapat atasi dengan meminta pertolongan daripada kumpulan lain untuk membantu menyediakan makanan kepada pelajar, pensyarah dan komuniti terlibat dalam program ini. Boleh dikatakan bahawa cabaran ini dapat kami atasi dalam masa singkat supaya program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa adanya sebarang kekurangan daripada mana-mana pihak.

4. CABARAN MENDAPATKAN BARANGAN KEPERLUAN

Keperluan barangan merupaksan perkara asas sebelum melakukan projek. Namun kami menghadapi permasalahan apabipa terdapat barangan keperluan kehabisan stok dan tidak mencukupi. Ini memberikan cabaran kepada ahli kumpulan di mana terpaksa keluar ke pekan Kota Belud di sebabkan kawasan Eko-pelancongan, Kalangkadanku yang jauh daripada pekan dan tidak mempunyai sebarang kedai runcit. Keadaan jalan raya yang berbukit dan selekoh yang membahayakan boleh mengundang bahaya kepada pelajar terutamanya keluar pada waktu malam. Pelajar perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk keluar ke pekan. Boleh dikatakan ini salah cabaran kepada pelajar supaya lebih bersedia dan melihat kembali keperluaan barangan apabila ingin melaksanakan program pada masa akan datang.

5.  CABARAN MELAKSANAKAN PERBINCANGAN BERSAMA ( MEETING)

Cabaran ini timbul apabila ingin melakukan perbincangan bersama ahli kumpulan. Ini disebabkan setiap ahli kumpulan ada yang tinggal di kolej kediaman dan tinggal di luar. Setiap kali perbincangan kumpulan ataupun bersama pensyarah secara dalam talian terdapat pelajar yang sukar mengikuti disebabkan jaringan internet lemah di tempat mereka. Perkara ini membuatkan pelajar ketinggalan dan kurang memahami kerja yang perlu dilakukan. Bukan itu sahaja, kedatangan ahli kumpulan baharu turut membuatkan perbincangan sebelum ini terpaksa diterangkan kembali bagi memudahkan untuk difahami.

6.  CABARAN MENUJU KE LOKASI PROGRAM

Menuju ke lokasi projek SULAM memberikan cabaran kepada kami. Lokasi projek SULAM di Kota Belud, di mana kami terpaksa mengambil yang agak lama untuk sampai. Ini disebabkan majoriti pelajar tinggal di kawasan Kota Kinabalu membuatkan kami terpaksa bergerak lebih awal. Bukan itu sahaja, dari segi pengangkutan menghadapi permasalahan di mana pelajar terpaksa menggunakan kereta sendiri disebabkan banyak keperluan perlu di bawa ke lokasi projek SULAM. Malahan, jalan masuk ke projek SULAM juga mempunyai jalan raya yang tidak rata dan banyak selekoh tajam yang boleh membahayakan pelajar. Bukan itu sahaja, kami mendapati suasana jalan sedikit suram disebabkan tidak mempunyai lampu jalan yang memudahkan pelajar. Namun, kami telah selamat sampai ke lokasi projek SULAM tanpa sebarang masalah yang menimpa.

 PENAMBAHBAIKAN YANG DAPAT DILAKUKAN JIKA BERPELUANG MELAKSANAKAN PROJEK SULAM PADA MASA HADAPAN

Beberapa cadangan penambahbaikan projek sekiranya berpeluang untuk mengendalikan projek pada masa akan datang :

1. MEMPERBANYAKKAN PENYERTAAN PESERTA EKO PELANCONGAN

Pada pendapat saya, jika saya berpeluang untuk melaksanakan projek SULAM pada masa hadapan, saya akan memastikan bahawa projek SULAM yang dijalankan akan lebih mengalakkan penyertaan komuniti dengan lebih ramai. Hal ini saya jelaskan dengan penyertaan menyeluruh yang tidak hanya tertumpu kepada enam komuniti ekopelancongan tersebut yang terdiri daripada ekopelancongan Kalangadanku, Ekopelancongan 3V, Tegudon Tourism Village (TTV), Liogu ku Silou-Silou dan Ekopelancongan Kg. Tagal tetapi juga melibatkan ekopelancongan lain untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang penggunaan teknologi yang sangat diperlukan pada masa kini jika mereka inginkan kemajuan yang sangat pesat dan dapat membawa perubahan yang ketara terhadap kemajuan ekopelancongan mereka. Saya juga akan mengalakkan kepada golongan muda iaitu para remaja yang sebenarnya mempunyai kemahiran dan bakat yang lebih tinggi jika dapat diasah dengan cara yang betul. Para remaja masa ini sebenarnya lebih terdedah dan mampu untuk beradaptasi dengan penggunaan aplikasi digital berbanding dengan golongan yang lebih berumur daripada mereka

2. MELAKSANAKAN PROJEK SULAM SECARA HIBRID

Di samping itu, kumpulan kami juga akan menggalakkan penyertaan komuniti bukan sahaja secara bersemuka tetapi juga secara hybrid dan melalui sosial media agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam penggunaan aplikasi digital yang dapat membantu mempermudahkan kerja mereka pada masa akan datang. Semasa projek SULAM dijalankan sebelum ini, kami hanya berpeluang untuk memberikan tunjuk ajar kepada komuniti setempat dengan penggunaan aplikasi ‘Canva’ yang sangat mudah dipelajari dengan cara membuat dan mengedit poster agar kelihatan lebih menarik dan sesuai dengan tema yang digunakan untuk mempromosikan ekopelancongan mereka. Jika berpeluang untuk menambahbaik pelaksanaan projek SULAM pada masa akan datang, kumpulan kami akan menggalakkan penggunaan aplikasi seperti Google Meet, Zoom, Facebook, Youtube dan Instagram. Dengan adanya ilmu pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Google Meet dan Zoom akan memudahkan mereka untuk menjalankan mesyuarat secara online dan tidak perlu keluar untuk menjalankan mesyuarat secara bersemuka. Hal ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Bukan itu sahaja, dengan adanya penggunaan aplikasi seperti Facebook, Youtube dan Instagram mereka dengan mudah akan dapat mempromosikan kawasan ekopelancongan mereka agar lebih dikenali sehingga ke luar negeri dan berkemungkinan ke luar negara. Hal ini kerana pada masa kini penggunaan media sosial adalah lebih berkesan dari semua aspek khususnya dalam memperkenalkan sesuatu tempat melalui butang like dan subscribe daripada kandungan yang dibuat dengan lebih menarik.

3. MENGHUBUNGI POTENSI RAKAN KERJASAMA (COLLABORATION) LEBIH AWAL

Penambaikan lain yang dapat dilakukan adalah dari segi pencarian rakan kerjasama untuk berkolaborasi dengan para pelajar dalam melaksanakan projek SULAM. Hal ini demikian kerana kumpulan kami mendapati bahawa semasa sesi perancangan projek SULAM  melibatkan rakan kerjasama, kami mendapati bahawa pihak-pihak berkenaan perlulah dipelawa lebih awal sebelum masa dan tarikh pelaksanaan projek. Hal ini disebabkan oleh pelbagai maklum balas daripada pihak-pihak tertentu yang dijemput bagi memberikan taklimat dan ceramah dalam projek tersebut terpaksa memaklumkan kepada kami bahawa mereka tidak dapat ikut serta kerana waktu yang diberikan adalah sangat suntuk dan terdapat program mereka yang lain mempunyai tarikh yang sama dengan projek yang kami jalankan. Oleh itu, perkara ini menjadi pengalaman dan pengajaran kepada kami untuk mempersiapkan segala keperluan berdasarkan pelawaan rakan kerjasama lebih awal daripada tarikh pelaksanaan projek tersebut pada masa akan datang.

4. MELAKSANAKAN PERBINCANGAN AHLI KUMPULAN SECARA FACE TO FACE

Seterusnya, penambahbaikan lain yang boleh dijalankan adalah dengan memastikan setiap ahli kumpulan dapat menghadirkan diri dalam sesuatu perbincangan kumpulan kerana dengan ketidakhadiran salah seorang ahli akan mengganggu proses perbincangan kerana idea dan persetujuan tidak dapat dicapai. Perbincangan secara Hybrid boleh dijalankan tetapi terdapat masalah lain yang dihadapi oleh beberapa ahli ada masalah ketiadaan internet atau kurangnya jaringan internet di kawasan mereka. Hal ini secara langsung telah mengganggu proses perbincangan kerana tanggungjawab atau peranan tidak dapat diberikan secara langsung kepada setiap ahli. Penerangan terhadap segala yang perlu dilaksanakan dalam sesuatu projek juga tidak dapat disampaikan dengan jelas kerana masalah ini. oleh itu, penambahbaikan terhadap masalah ini boleh diselesaikan dengan memastikan setiap ahli dapat menghadirkan diri selain boleh menjalankan perbincangan secara bersemuka bersama semua ahli kumpulan.

PANDANGAN KUMPULAN BERKENAAN SISTEM PEMBELAJARAN BERKONSEPKAN SULAM? ADAKAH PENDEKATAN INI MEMBANTU MENINGKATKAN PENGETAHUAN TENTANG KURSUS SOSIOLOGI ORGANISASI KOMPLEKS

Bagi pandangan kami, pendekatan projek SULAM ini dapat membantu meningkatkan lagi pengetahuan tentang kursus Sosiologi Organisasi Kompleks. Hal ini kerana dengan adanya projek SULAM ini dapat mendedahkan pelajar dengan komuniti berbanding sebelum ini yang hanya belajar teori di dalam kelas.

1. MENINGKATKAN PEMBELAJARAN PELAJAR DENGAN MENGHUBUNGKAITKAN TEORI DENGAN PRAKTIS DI DUNIA SEBENAR.

Pendekatan projek SULAM ini dapat meningkatkan pembelajaran pelajar iaitu ia menghubungkaitkan teori dengan praktis di dunia sebenar. Hal ini kerana, pada sebelum ini pelajar hanya belajar teori di dalam kelas sahaja. Akan tetapi selepas Kementerian Pelajaran Tinggi mewujudkan program SULAM ini ia telah mengeluarkan pelajar kepada dunia luar dan ia juga dikaitkan dengan teori yang telah dipelajari. Selain daripada itu, SULAM merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus Sosiologi Organisasi Kompleks  dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah. 

2. MENINGKATKAN SAHSIAH, KEMAHIRAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DI KALANGAN PELAJAR.

Seterusnya, pendekatan projek SULAM ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang kursus Sosiologi Organisasi Komplek iaitu ia juga dapat meningkatkan sahsiah, kemahiran sivik serta kewarganegaraan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana asas pelaksanaan aktiviti SULAM dalam komuniti adalah Kasih Sayang, Kebahagian dan Saling Menghormati (Love, Happiness and Mutual Respect). Di samping itu, projek SULAM ini dapat membantu memenuhi keperluan komuniti, malah ia juga dapat meningkatkan moral dalam diri pelajar.

3. MEMENUHI KEPERLUAN KOMUNITI MELALUI AKTIVITI KESUKARELAWAN DENGAN MENGGUNAKAN KEPAKARAN PELAJAR MENGIKUT DISIPLIN.

Pendekatan projek SULAM ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang kursus Sosiologi Organisasi Komplek iaitu dapat memenuhi keperluan komuniti melalui aktiviti kesukarelawan dengan menggunakan kepakaran pelajar mengikut disiplin. Dalam kursus ini, sebelum pelajar turun ke kajian lapangan, pelajar akan diberikan pendedahan tengan projek SULAM ini dan teori-teori yang sesuai digunakan semasa menjalankan projek SULAM. Sebagai contoh, projek SULAM yang kumpulan kami telah jalan kan iaitu kami memilih sektor pelancongan di Daerah Kota Belud. Di sana, kami telah mengumpulkan beberapa ekopelancongan iaitu seperti Ekopelancongan Kalangadanku, Tagal Talungan, Tegudon Tourism Village, Kowatuan Eco-Edu-Tourism, Ekopelancongan 3V, dan Ekopelancongan Liogu ku Silou. Seterusnya, kami menggunakan kepakaran kami untuk mengajar para komuniti cara menggunakan aplikasi Canva untuk membuat poster bagi mempromosikan ekopelancongan kepada para pelancong tidak kira dalam atau luar negara. Di samping itu juga,  projek SULAM yang telah dijalankan itu dapat membantu komuniti meningkatkan ilmu pengurusan organisasi dan pemasaran digital yang mampu menjana pendapatan mereka di samping meningkatkan kehadiran pelancongan dari dalam dan luar negara.

4. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJASAMA ANTARA PELAJAR, TENAGA PENGAJAR DAN KOMUNITI.

Pendekatan projek SULAM ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang kursus Sosiologi Organisasi Komplek iaitu mewujudkan persekitaran kerjasama antara pelajar, tenaga pengajar dan komuniti. Projek SULAM ini juga mengajar kami cara untuk mewujudkan satu organisasi iaitu terdiri daripada pelbagai jawatankuasa seperti penyelaras, pengarah, penolong pengarah, setiausaha, bendahari, dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Seterusnya, setiap jawatankuasa mempunya tugas dan tanggungjawab sendiri bagi menjayakan sebuah projek SULAM. Ini menunjukkan kerjasama antara pelajar sebelum menjalankan projek SULAM tersebut dan setiap perkara tersebut perlu dirujuk kepada tenaga pengajar iaitu penyelaras. Sehubungan dengan itu juga, projek SULAM ini juga dapat membantu kami untuk berkomunikasi dengan baik atau bekerjasama dengan komuniti eko pelancongan di Daerah Kota Belud tersebut.

MEMBERI PELUANG KEPADA AGENSI, SYARIKAT KORPORAT DAN NGO MEMBERI SUMBANGAN KOMUNITI MELALUI CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR).

Pendekatan projek SULAM ini dapat membantu meningkatkan pengetahuan tentang kursus Sosiologi Organisasi Komplek iaitu memberi peluang kepada agensi, syarikat korporat dan NGO memberi sumbangan komuniti melalui Corporate Social Responsibility (CSR). Oleh itu juga, ini boleh membantu para pelajar meningkatkan pengetahuan untuk berkomunikasi bersama agensi-agensi kerajaan ataupun bukan kerajaan. Dalam projek SULAM yang telah kami jalankan, kami telah bekerjasama dengan beberapa agensi bagi menjayakan projek SULAM kami iaitu dengan membantu ekopelancongan di Daerah Kota Belud dalam aspek pemasaran. Antara agensi-agensi yang telah kami bekerjasama adalah Sabah Tourism Board dan  Raya Holidays Sdn. Bhd. Dengan adanya agensi ini dapat membantu komuniti dari pelbagai iaipek iaitu bantuan kewangan, pemasaran secara digital, penyediaan tempat pelancongan yang kondusif dan sebagainya. Jadi jelaslah bahawa, ilmu yang telah dikongsikan oleh agensi-agensi ini boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang bagi menarik minat para pelancong untuk melancong di ekopelancongan yang berteraskan alam sekitar di Daerah Kota Belud.

 PEMBELAJARAN PALING BERMAKNA YANG DIPEROLEHI SEPANJANG MELAKSANAKAN PROJEK SULAM BERSAMA KOMUNITI

Perlaksanaan Projek SULAM adalah salah satu elemen Pembelajaran Berimpak Tinggi (HIEPs; High Impact Educational Practices) yang telah diberikan penekanan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap pemantapan kurikulum di IPT. Oleh itu, sudah tentu ia akan banyak memberi pelbagai pembelajaran terhadap kami sepanjang perlaksanaannya bersama-sama komuniti di Kg.Sayap, Kota Belud. Pembelajaran tersebut amatlah bermakna kepada kami kerana ia bukan sahaja memberi peluang dan kesempatan untuk mempertingkat kualiti diri sebagai pelajar namun juga turut berpeluang mempertingkat kualiti hidup komuniti yang terlibat. Oleh yang demikian, pembelajaran yang diperolehi adalah satu bentuk pembelajaran berasaskan pengalaman yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Antara pembelajaran bermakna yang diperolehi sepanjang program SULAM ini adalah;

1. MEMPELAJARI BAGAIMANA SELOK-BELOK PENGURUSAN ORGANISASI YANG SEDIA ADA YANG MANA SEBELUMNYA DIMAKLUMKAN MENGALAMI PENURUNAN.

Melalui projek SULAM yang dijalankan, pembelajaran yang paling bermakna yang diperolehi adalah kami dapat mempelajari bagaimana selok-belok pengurusan organisasi yang sedia ada yang sebelum ini dimaklumkan mengalami penurunan. Kami merasakan bahawa ini adalah peluang yang sangat baik bagi kami untuk membantu komuniti dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam memahami dan memperkasakan pengurusan organisasi mereka yang sedia ada. Dengan adanya projek SULAM ini, kami juga mengetahui bahawa kekurangan yang dimiliki dalam enam ekopelancongan tersebut adalah tertumpu pada satu masalah yang sama iaitu berkaitan dengan kekurangan ilmu pengetahuan dalam aplikasi digital yang sebenarnya sangat membawa pengaruh yang besar jika mereka mahir dan bijak menggunakan aplikasi digital tersebut.

2. TERDEDAH DAN LEBIH MEMAHAMI KEPERLUAN KOMUNITI.

Projek SULAM juga sebenarnya merupakan pembelajaran yang baharu kepada kami  kerana sebelum ini kami kurang terdedah kepada komuniti luar dan kurang mengambil perhatian terhadap keperluan mereka. Akan  tetapi dengan adanya kursus ini sangat membantu kami mendekatkan diri dan berkongsi masalah bersama mereka dengan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Oleh itu, komuniti akan merasakan suara mereka didengari dan diambil perhatian.

3. DAPAT MENGASAH KEYAKINAN DIRI DAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI.

Projek SULAM ini dapat membantu kami sekumpulan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi dalam diri kami. Hal ini kerana, kami yang sebelum ini sukar dan menghadapi masalah untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu perkara untuk difahami dan diterima ramai. Akan tetapi pada akhirnya berjaya untuk kami lalui dengan jayanya. Oleh itu ianya membawa pengalaman baharu yang tidak ternilai harganya kepada kami sekumpulan.

4. DAPAT MEMBUAT JARINGAN (NETWORKING) KEPADA KOMUNITI

Sepanjang melaksanakan projek SULAM bersama komuniti kami dapat merasakan kerjasama yang erat antara pelajar dengan komuniti tempatan. Hal ini kerana, kami menerima layanan yang cukup mesra sepanjang melaksanakan program ini. Pengalaman tersebut merupakan pengalaman yang paling bermaknan kerana kami dapat membantu komuniti secara bersemuka bagi mengetahui kekurangan yang mereka hadapi.

bottom of page